Wanita Disi Lelaki

<!–
/* Font Definitions */
@font-face
{font-family:"Trebuchet MS";
panose-1:2 11 6 3 2 2 2 2 2 4;
mso-font-charset:0;
mso-generic-font-family:swiss;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:647 0 0 0 159 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
p
{margin-top:3.75pt;
margin-right:0in;
margin-bottom:3.75pt;
margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:35.4pt;
mso-footer-margin:35.4pt;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>

Betapa
pentingnya wanita disisi lelaki.Apa tidaknya,lelaki akan
terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-
galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri.Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau
lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah,kerana
diciptanya begitu rupa oleh mereka.Didiklah mereka dengan panduan
dariNya.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin
liar,jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka
kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut,
tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan
selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran
Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi
ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women
gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu
kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang
lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah:
negarawan,karyawan,jutawan dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa
ilmu,iman
dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka,dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk
patah,rosaklah jantung,hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah
segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

wallahuaklam bissowabb..
apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang
kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-
fikirkanlah

 

Leave a Reply