selamat hari raya

September 28th, 2008 by sunihaida

selamat Hari raya aku nak ucapkan kat semua kawan2 ..aku.mana yg tau rumah aku tu
jemput2 lah dtg umah eh..

Raya tahun nih aku dapat buat satu kuih jer.Tu pon bnyk dugaan eh..kejap2 daus nangis kejap2 daus nak dukung..tapi kuih raya aku t u tak sempatNak tunggu sampai raya..adik aku hakim dah abes kan.Aku buat sikit jer
kuih tu.Mana yang sempat.Actually aku nak cube buat kuih kegemaran hubby aku
kuih arab..tapiĀ  terlalu manis plak..(bg aku yg kurang manis nih)..tapi
abes jugak.Adik aku sambil tgk tv dia mkn kuih tu lama2 abes.Hahaah ..tak per
lah.

Tahun nih aku balik 3 tempat..raya pertama of coz lah kg hubby
aku..dekat kg.gentam kuala pilah..petang tu InsyaAllah kitaorg gerak ke johor
plak..johor kampong abah aku..dekat yong peng.Dah 2 tahun aku tak balik
Johor..muka sepupu aku pon aku dah lupa nih.Sampai mcm tu sekali lah.Then raya
ke3 aku balik kg kat Rembau pulak.Jauhkan perjalanan aku..masa nih kitaorg nak jalan2 rumah sedara..klu hari biasa tu tatau lah bila dapat jumpa diaorg..sbb masing2 sibuk kanTahun nih aku excited sket sbb raya dengan anak sekali.Hehe..tak pat aku
bygkan.Tahun lepas anak ada dalam perut..tahun nih dah keluar.DAh semakin lasak.

my story ..life

August 19th, 2008 by sunihaida

Kejap lagi dah kol 5pm..aku nak balik cepat nak jumpa Daus.My hubby tader kat umah..gi men golf. Ramai my fren keep asking me..suni baby dah pandai aper?my baby daus "fida-fida" dah crawling like commando.He..he..he. My sis said..maybe my baby terus berjalan.I can’t wait to see he standing on his own feet without me. can’t wait to buy his football shoes.Hari2 aku lalu depan kedai jual kasut tu.Aku nak beli untuk daus.Daus suke gelak2…dia nmpk rapat dengan papa dia..sbb bnyk masa dia abeskan dengan papa dia.Tapi masa tido dia mesti cari aku.

Daus make this world aku yg punya. Me no bored day.. balik keje daus mesti gelak2 pandang aku..can’t wait one day..dia lari kejar aku peluk aku..mama2 nak sweet..nak sweet.

he2.

berangan..

mesti lah berangan..

berangan lah best…

but this is reality tau..aku betul2 ada daus.Hehhehe..

Firdaus aka fida-fida aka firfir aka akhtar aka tok yeh.

bnyk tol nama daus nih..

Happy..

August 19th, 2008 by sunihaida

?Alhamdulillah semalam my hubby memberitahu satu cerita gembira.InsyaAllah semoga Tuhan tu murahkan lagi rezeki kitaorg sekeluarga..Bukan senang nak menceburi bidang perniagaan nih..kena ada ketabahan..doa..berusaha.FUh…dugaan..?toksah cakap lah..mmg bnyk lah.Tapi malam tadi aku boleh senyum..sampai aku demam nih.Ini adalah first step..ada bnyk yg perlu di tempuhi.Aku berdoa agar Tuhan murahkan rezeki kami sekeluarga, permudahkan semua, jauhkan dari org yg suke mengambil kesempatan dan semoga Allah itu makbulkan doa2 ku.

Wanita Disi Lelaki

August 14th, 2008 by sunihaida

<!–
/* Font Definitions */
@font-face
{font-family:"Trebuchet MS";
panose-1:2 11 6 3 2 2 2 2 2 4;
mso-font-charset:0;
mso-generic-font-family:swiss;
mso-font-pitch:variable;
mso-font-signature:647 0 0 0 159 0;}
/* Style Definitions */
p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal
{mso-style-parent:"";
margin:0in;
margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
p
{margin-top:3.75pt;
margin-right:0in;
margin-bottom:3.75pt;
margin-left:0in;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:12.0pt;
font-family:"Times New Roman";
mso-fareast-font-family:"Times New Roman";}
@page Section1
{size:8.5in 11.0in;
margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in;
mso-header-margin:35.4pt;
mso-footer-margin:35.4pt;
mso-paper-source:0;}
div.Section1
{page:Section1;}
–>

Betapa
pentingnya wanita disisi lelaki.Apa tidaknya,lelaki akan
terasa sunyi tanpa wanita. Masih mencari walaupun sudah ada segala-
galanya.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri atau puteri.Dijadikan
mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau
lelaki sendiri yang tidak lurus,tidak mampu untuk meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang
lurus.Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah,kerana
diciptanya begitu rupa oleh mereka.Didiklah mereka dengan panduan
dariNya.

"Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,nanti mereka semakin
liar,jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin
menderita.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah,kenalkan mereka
kepada Allah,zat yang kekal,di situlah kuncinya.Akal setipis rambut,
tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan
selembut sutera,hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak kebesaran
Tuhan.Akan terhibur dan berbahagialah mereka walaupun tidak jadi
ratu cantik dunia,presiden ataupun perdana menteri atau women
gladiator.Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu
kelemahan.

Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang
lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah:
negarawan,karyawan,jutawan dan wan-wan yang lain.Wanita yang lupa
hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan. Tanpa
ilmu,iman
dan akhlak,mereka bukan saja tidak lurus,malah membengkokkan.

Bila wanita derhaka,dunia akan huru-hara.Bila tulang rusuk
patah,rosaklah jantung,hati dan limpa.Para lelaki pula jangan hanya
mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri
sendiri dahulu kepadaNya.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya jinaklah
segala-galanya di bawah kepimpinan kita.

wallahuaklam bissowabb..
apa gunanya wajah yg tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang
kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga.fikir-
fikirkanlah

 

Terasa Nak Tulis Blog

July 19th, 2008 by sunihaida

Erm..agak lama jugak lah tak tulis blog nih.Mmg ada rasa nak tulis blog..tapi asyik tulus sekerat jalan jer.Dah bnyk tulis-tulis..tetiba Daus memanggil manggil..mama mama nak susu..Eh jgn terkejot..daus lom leh cakap,aku jer yang pandai2 letak dialog.Kalau aku dapat abeskan blog ari nih..aku berjaya lah.Mgu lepas kitaorg balik kg astana raja,rembau.Makcik2 aku sume cakap aku dah gemok..Hu2 aku pon perasan.So start mgu ari tu..pagi2 aku mkn tosei jer lah..tghari mkn tom yam..Balik keje baru mkn nasi sbb tak leh tahan mak masak best tapi tu jer lah sekali aku mkn nasi..tu pon dengan kuantiti yang sikit.Aku akan cube seminima yg boleh.Haha..Aku tatau lah bila aku nak start gi berjogging mcm makcik aku..dua hari sekali jogging..mmg badan dia kurus lah.Epul pon dah belikan aku sport shoes..tinggal aku jer lah bila ntah nak gi.Tgu daus dah leh jalan kot..skrg nih klu ada poco2 kat opis tu kenalah aku join haha.Cita pasal daus plak..daus dia dah meniarap dan menyelinap mcm askar tu.haha.dia dah kedepan2 nak amik brg..paling dia suka main plastik sbb ada bunyi..pastu kuat betul menjerit..klu dia nampak papa dia..tegak jer kepala dia ..menjerit2..gelak2..aku kat opis tu teringat2 jer muka dia gelak2..

Minggu nih aku rasa happy ..aku tatau apsal tapi happy2 sangat lah.Thanks to my hubby kan..bnyk tolong masa pagi2 sblm gi keje tu..tengok2 kan daus yg pagi2 dah bangun.

my hubby..dukung daus..babai2 aku nak gi keje..hehe..pastu daus gelak.

hopefully sume yang happy nih kekal lah sampai akhir hayat  aku.Tapi tu lah kan..kadang2 bila kita happy nih..ada jer org nak kaco.Tapi tak per lah Tuhan tu ader..Dia mesti tolong kita..erm..tuhan mesti tolong kita punya lah..Pengalaman lepas tu dah ada kan..Hahaha.. So no worry. Org yang megacau kebahagiaan org lain nih..dia takkan selamat hidup dia percayalah. To my fren oso..if u have a problem.. jgn risau lah..jus Doa kat tuhan..mintak lah yg terbaik..Yg penting jgn lupa Tuhan masa kita dah senang..susah senang mesti ingat kat Tuhan.Ok!

Never regret any days in your life. Good days give u happiness. Bad
days give u experiences. Both are essential to
life. Just move on.. Happiness keeps u sweet, trials keep
u strong, sorrows keep u human, failures keep u
humble, success keeps u glowing but only ALLAH
keeps u going

"Berilah HATIMU pd ALLAH, pasti ALLAH akan temukanmu
pemilik terbaik..hamparkan MASAMU seluas2nya hanya
utk ALLAH, pasti ALLAH aturkan
kehidupanmu dgn baik..

hallu..

May 9th, 2008 by sunihaida

Hye..lama betul tak tulis dalam blog nih.Bz..ker?yup..busy wif my baby firdaus..now he’s already 4 month..dah bleh main sendri so aku curik2 masa sket untuk blog.And then dekat office..frenster kena blocked(buhsan lah kementerian baru nih..)..dekat rumah guna broadband celcom..bnyk masalah plak.. (celcom plz tingkatkan ur service)..at last at my momma’s house guna streamyx..(once a week balik) baru lah boleh jengah2 friendster..masa aku tulis blog nih..baby firdaus ada dekat pangkuan aku..dia mula menunjukkan minat terhadap laptop nih..ha3..like mother like sons..sory papa baby firdaus tak minat ikan..huhuhu. daus (nama manje bb), suda pandai meniarap..gelak, berborak..suka berjalan(like me oso), and then he’s very active..x boleh duduk diam..alhamdulillah..perkembangan normal for baby age like him. pas tu Pakcu dia(cukim) x sabar nak ajak dia main bola. atok..wan dia sangat sayang kat dia..huhuhu. cuppy cake, hunny bunch..pumpkin..sume lah. Life sekarang mmg bz lah dengan baby..kerja tak lah bz pon..keje senang jer.Hahaha.. changing yg ada skrg..aku tak leh muat dah suar lama..tu yg paling sedey..baju sume dah tak muat.. nak gi shopping tak tau lah bila dapat pergi. Org tu ..busy jer nak ajak dia..huhuhu..nak cari duit lah katakan perbelanjaan semakin meningkat..tak boleh mcm dulu belanja. Nasib baik aku nih husbnd and wife bekerja..so tak der rasa sangat lah serik tu.Alhamdulillah.. Ape2 pon life aku skrg mmg bermakna dengan adanya firdaus..he makes my world…ana yg punya.

1 month

January 26th, 2008 by sunihaida

24 jan ari tu..ahmad firdaus akhtar sudah sebulan.Dah mcm - mcm perubahan yamg aku nampak kat baby aku nih.Dia dah boleh angkat kepala..tido mengiring..tido tak bedung(ni feveret bb firdaus)..ruam bnyk sbb dia cepat peluh..dah pandai nangis ngade2..(tapi aku suka )..skrg dia tido yg lena kul 4 pagi.Aku sampai dah kena insomnia.Tapi tak per lah..malam2 berjaga pon aku terhibur tengok kerenah bb firdaus nih sbb dia suka buat mimik muka.Klu dia kenyang mimik muka dia geram jer aku tgk time nak sendawa kan dia tu.Dalam masa sebulan berat dia naik sekilo.Jadi berat dia skrg..4kg.Dah double chin.Tapi paling sian kulit muka dia kering and bnyk ruam. Masa tulis blog nih..kul 9.16pm. Bb firdaus tgh tido..jap gi kul 12mlm dia berjaga lah sampai kul 4 pg. lagi 9 hari aku abes pantang. seronok nyer..! Sepanjang aku berpantang nih..ok lah makan minum aku terjaga..ikut time..tima kasih kepada mama and mak yang bnyk jaga aku..and tak lupa gak kepada wan.

Aku bersalin musim nih tak keseorangan lah..ada beberapa kawan aku yang bersalin saing2 aku jugak..yang terdekat antaranya kak ana PTg, MAs, shikin.. tahniah lah masing2. Selamat berjaga malam. hehehe.. Yang tgh tgu hari ..adeq..jangan takut ..sakit mmg sakit tapi pastu dah tak sakit.   Gud luck doa bnyk2 tau.

25/2 aku dah start keje.Erm..dah lama cuti nih bila gi keje mesti tak bersemangat kot.Ingat baby kat umah..huhu.Caner lah nak face sume2 nih eh.cara keje mesti bnyk yang dah baru2 sbb 2 bulan kan mcm2 leh berubah.

pas nih rutin aku mesti totaly change lah. Tapi tak per..bukan hari2 yang membosankan..nih lah masa yang aku idam2 kan sejak aku kawen dulu.Ada anak..cepat tol masa berlalu.imagine masa aku berjaga malam tu kan..antara kol 12pm hingga 4 pagi..macam sekejap jer. korang tak caya korang kawen and then ada anak mesti rasa sekejap.

happy new year!

January 2nd, 2008 by sunihaida

I want to wish happy new year to all my fren..apa azam tahun baru korang?Aku malas nak buat azam2 nih..azam yang lepas2 pon tak buat lagi..tapi azam tahun nih ada yang baru sikit.Aku nak jadi mama yang terbaik untuk firdaus.I’m willing to do anything for my baby.I"ll try to be the greatest mom in the earth,Firdaus. Each time i see my baby face..i think of the greatest of Allah.Selama lebih 40 minggu baby nih dalam perut aku..mcm2 dah aku harung, tempoh, mcm2 dugaan..tapi tuhan tu tetap menjaga anak aku dengan selamat sampailah baby nih kuar.Setiap kali tengok muka dia..hatiku sayu..speechless..mengenangkan saat mengandung, contraction (ni yg paling sakit)..bila dah kuar (aku operate)..rasa lega jer.Bila doc tu pegang baby tunjuk kat aku pas kuar dari perut tu..aku rasa nak nangis, gembira..sekarang nih..dah 11 hari aku leh lupa caner sakit nak bersalin tu. Aku tader lah rasa serik nak bersalin lagi..mungkin Tuhan tu dah banyak bagi kekuatan kat aku. For every husband out there..jagalah ur wife and love her..aku dah rasa caner bertarung nyawa nih.Klau lah husband2 tak sayang wife dia jugak mmg lah tak guna.. Skrg nih Firdaus tengah tido.. MAsa 1st day after operate..aku mmg rasa sakit sangat.TAk leh nak bangun..masa tengah hari tu, epul dtg tengok aku..aku nak tengok baby kat tingkat 6  sbb baby aku kena masukkan antibiotic..aku tak larat nak jalan nih, so epul tolak aku dengan wheel chair. Sampai jer kat wad baby, tetiba aku jadi kuat lak leh jalan..maybe my baby spiritual kot buat aku kuat. 1st time aku tengok muka baby aku betul2..hui..seronok tak terkata.Aku tengok jer muka dia tido. Tak sangka nih yg dalam perut tu dah kuar.hehehe.. tak sabar plak masa tu nak balik umah nak dokong2 dia.

BAby aku nih suka tido siang.Malam berjaga..masa tu lah mmg tak larat.MAma aku pon kena berjaga. Sian dia.. TApi sbb cucu 1st nih buat dia rasa kuat and bersemangat kot. Mama ari tu nak amik cuti nak jaga cucu tapi tak dapat. Mesti mama Gi keje asyik ingat cucu jer nanti. HAri nih aku dah nak gi umah mak mertua dah..mak mertua lak jaga. Tapi sian gak tengok mak mertua aku ..penat dia nanti. Tak per nih sementara jer..aku dah abes pantang sok aku iktiar lah cara lain nanti.Buat masa nih..klu mama aku ada cuti..dia jaga cucu.Gilir2 lah..sian jugak kat mama..nih cucu first and the only one. Nak gak dia bermesra2 dengan cucu dia.

aku suka tengok firdaus tido.Ada satu masa tu..tetiba dia senyum.Agaknya apalah yg dia mimpi tu. Harap2 firdaus nih jadi budak yang soleh..baik..pandai..Amiin..